> 2016 ~ ABIM Negeri Melaka

Tuesday, April 12, 2016




[Kenyataan ABIM Melaka]: BANTAHAN DR. ZAKIR NAIK DIHALANG DI UTEM

Budaya dialog antara agama di Malaysia kelihatan masih asing dan agak suram barangkali. Dalam masa yang sama, sikap keterbukaan dalam menerima perbincangan topik perbandingan agama meskipun ia dibicarakan secara ilmiah bertunjangkan hujah, masih sukar diterima segelintir pihak barangkali.

Lantaran menjadi faktor ada pihak yang gentar dan bimbang dengan penganjuran wacana ilmu oleh ilmuwan Islam tersohor di peringkat global yang berkepakaran dalam Ilmu Perbandingan Agama (The Comparative Religion), Dr. Zakir Naik, di institut pengajian tinggi awam, Universiti Teknikal Melaka (UTEM), yang sepatutnya berlangsung pada 17hb April 2016.

Namun, di atas dasar alasan yang diberikan dengan menyatakan menyinggung sensitiviti antara kaum dan agama, sama sekali tidak boleh diterima.

Memang Islam menyeru pada toleransi antara agama serta hak kebebasan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.

Tetapi toleransi itu ada had dan batasnya. Bukan sampai Islam ditekan serta dinafikan hak untuk berdakwah.

Sedangkan, ia hanyalah sebuah wacana ilmu dengan melontarkan penghujahan secara ilmiah dan akademik. Tidak sama sekali di atas dasar prejudis dan menghina agama lain.

Di kala ada pihak agama lain yang seringkali menyeru dan meminta kebebasan beragama mereka di Malaysia ini.

Adalah tidak adil sama sesekali jika terdapat segelintir pihak yang menafikan hak penyebaran Islam sebagai agama rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan.

Maka, ABIM Melaka cukup berasa terkilan dan sama sekali berasa tiada kewajaran yang munasabah, pihak berkuasa sewenang-wenangnya akur dengan desakan pihak tertentu yang meminta dibatalkan dan dihalang wacana ilmu Dr. Zakir Naik tersebut.

Amat memalukan dan mencemar imej Islam di Malaysia di persada dunia yang majoriti populasinya adalah golongan Muslim. Tetapi seakan golongan minoriti yang dinafikan hak dan kebebasan berdakwah oleh segelintir pihak.

ABIM Melaka
(Disediakan oleh Biro Penerangan ABIM Melaka - Sdr. Khairul Adli Abdullah)
11hb April 2016
http://abimnegerimelaka.blogspot.com

Posted on Tuesday, April 12, 2016 by Unknown

Wednesday, February 24, 2016


Insya-Allah. Biro Pendidikan ABIM Negeri Melaka akan menganjurkan sebuah majlis ilmu dengan topik bertajuk, Bahaya Syiah & Gerakan Ekstremis Agama!

Ceramah akan disampaikan oleh pimpinan ABIM Negeri Kedah yang turut merupakan ahli Persatuan Ulama' Kedah, iaitu Al-Fadhil Ust. Abdullah Din.

Pada: 27hb Februari 2016
Jam: 8.00 mlm
Tempat: Bangunan Al-Huda ABIM Melaka
Alamat: Lot 494, Taman Putra, Bukit Baru, 75150, Melaka
GPS: Latitude 2.220485 / Longitude 102.267387

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

Posted on Wednesday, February 24, 2016 by Unknown