Sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 1434H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini melancarkan program program “Sinar Ramadhan 1433H” bertemakan “Mendidik Jiwa Meraih Taqwa” yang merupakan rangkuman daripada beberapa siri program yang digerakkan oleh ABIM di peringkat negeri serta daerah. ABIM bakal melaksanakan program utama seperti berikut:
Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)
Semenjak tahun 2006, “Kempen Seorang Sekampit Bersa” telah dilaksanakan khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh Negara. Tahun ini ABIM akan berperanan sebagai agen penyaluran bantuan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama juga, ABIM berperanan sebagai agen penyerahan sumbangan kepada komunit-komuniti saudara baru yang memerlukan menerusi Islamic Outreach ABIM (IOA), serta golongan Muslim minority Rohingnya menerusi Muslim Minority Community-Rohingnya.

Kem Istikbar Ramadhan (TAKBIR)
ABIM dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mengadakan Kem Istikbar Ramadhan (TAKBIR) dengan mensasarkan golongan pelajar dan belia. Objektif penganjuran Kem ini adalah untuk membentuk generasi belia Qurani yang cintakan masjid menerusi pelaksanaan bengkel penghayatan Al-Quran dan Qiyamullail, serta penekanan modul-modul am pengukuhan asas-asa Fardhu Ain, Smart Solat, Tadarus Al-quran, serta pengisian dalam bentuk Tazkirah dan Kuliyah. Program ini akan digerakkan di seluruh negara menerusi penglibatan ABIM Negeri dan daerah.
Program Khatam Al-Quran
Digerakkan secara meluas di peringkat sekolah-sekolah. Ia juga berkonsepkan penerangan tentang kebesaran Ramadhan kepada pelajar-pelajar.
Ziarah Hospital
ABIM menerusi agensi Islamic Outreach ABIM (IOA) komited untuk menggerakkan ziarah dalam wad-wad terpilih di Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain, untuk meringankan bebanan dalam kalangan para pesakit baik dalam kalangan masyarakat islam mahupun bukan Islam. Para petugas ABIM akan berkongsi pengisian serta sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
Iftar For The Needy
Program ini diadakan dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM) untuk membantu kominiti Muslim di 14 buah Negara iaitu Palestin, Afghanistan, Iraq, Pakistan, Kashmir, Somalia, Indonesia, termasuk membabitkan masyarakat minoriti Islam Rohingnya, Thailand, Filipina dan Kemboja.
Kami juga ingin memaklumkan ABIM bersama Malaysian Lifeline For Syria akan menggerakkan misi bantuan ke Syria pada bulan Ramadhan ini bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa pelarian sepanjang bulan Ramadhan ini menerusi penyerahan bantuan yang dikumpulkan.
Justeru itu, ABIM menyeru masyarakat untuk turut serta bersama-sama menjayakan program-program yang bakal dianjurkan tersebut sama ada menjadi sukarelawan program atau menerusi sumbangan kepada ABIM menerusi (Bank Islam, nombor akaun: 14023010011177). Segala maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Sekretariat ABIM Pusat (03-41084500) atau emel sap@abim.org.my)

Sumber: ABIM Pusat