TANGGAL 20 Jun diraikan pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat langsung dalam misi kemanusiaan membantu pelarian di seluruh dunia sejak awal penubuhannya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menzahirkan keprihatinan dan kebimbangan terhadap perkembangan trend sejagat berkaitan pelarian di peringkat global dan kesan-kesan langsung yang terkait dengannya.
Pelarian merujuk kepada sesiapa yang berada di luar negara asal mereka dan mereka yang mempunyai “kebimbangan berasas akan diseksa atas alasan ras, agama, kerakyatan, anggota kumpulan sisual atau fahaman politik tertentu dan kerana itu, tidak berupaya atau sanggup lagi untuk pulang ke negara tersebut”.
Berasaskan definisi khusus perundangan antarabangsa yang termaktub di dalam Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian (Konvensyen Pelarian) dan Protokol 1967-nya, jumlah pelarian yang dianggarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sehingga penghujung 2013 secara global ialah seramai 16 juta orang.
Namun agensi tersebut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan populasi dunia yang terjejas akibat krisis kemanusiaan adalah jauh lebih tinggi, iaitu seramai 40 juta orang dengan mengambilkira pelbagai kategori lain seperti pencari suaka (asylum seeker), pelarian dalam negara (Internally Displaced Person, IDP) dan warga tanpa negara (stateless person).
Inilah sebenarnya jumlah yang lebih tepat untuk menggambarkan kadar dan skala pelarian sejagat hari ini. Untuk rekod, ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah krisis pelarian global sejak penubuhan UNHCR pada tahun 1951.
Peperangan dan konflik khususnya di Syria, Republik Afrika Tengah, Congo dan Mali telah menyumbang sekitar 4 juta pelarian global diantara tahun 2011-2013. Di rantau ini, Myanmar sahaja misalnya telah menyumbang sekurang-kurangnya 1.1 juta populasi pelarian dalam rantaian krisis kemanusiaan yang disifatkan UNHCR sebagai terburuk abad ini.
Sesungguhnya masalah melibatkan pelarian tidak boleh dipandang enteng. Masalah pelarian ialah refleksi terhadap keamanan dunia yang kita diami hari ini. Dalam situasi dunia yang diwarnai oleh konflik berpanjangan merentas benua, hampir setiap negara akan merasai dampak krisis pelarian, khususnya negara-negara yang berjiran dengan zon dilanda konflik. Malaysia tidak terkecuali.
Sehingga akhir Mei 2014, terdapat sejumlah 145,025 orang pelarian dan pencari suaka telah didaftarkan di bawah pejabat UNHCR Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 134,430 adalah dari Myanmar dengan jumlah terbesar dari etnik Chin (51,620), Rohingya (37,100), Muslim Myanmar (11,840), Rakhine (7735 ) dan selebihnya lain-lain etnik. Dari sejumlah 10,590 pelarian dari negara-negara lain, Sri Lanka kekal sebagai penyumbang terbesar (4,280) dan konflik di Syria pula telah menyumbang seramai 920 pelarian.
Perlu diingat bahawa jumlah di atas hanyalah mengambil kira pelarian yang didaftarkan melalui UNHCR. Jumlah mereka yang tidak berdaftar atau diuruskan langsung oleh agensi penguatkuasa kerajaan dan melalui NGO pastinya lebih tinggi.
Pada masa yang sama, Malaysia bukan merupakan penandatangan Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951. Dalam erti kata lain, perundangan Malaysia tidak mengiktiraf hak-hak berkaitan pelarian seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa.
Justeru istilah ‘pelarian’ itu sendiri secara teknikal tidak diiktiraf dalam undang-undang negara; yang ada hanyalah pendatang tanpa izin bagi mereka masuk tanpa dokumen pengenalan dan permit yang sah, ataupun tinggal lebih masa dari tempoh yang dibenarkan.
Pelarian yang berada di Malaysia termasuk dalam kategori ini. Justeru antara masalah utama yang dihadapi oleh ‘pelarian’ ini ialah isu penguatkuasaan dan hukuman undang-undang, kebajikan,kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan pekerjaan.
Di sebalik kesulitan tersebut, Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pendatang kerana pendirian kerajaan yang membantu atas dasar kemanusiaan dan sikap rakyat kita yang terkenal pemurah dalam membantu mereka yang lebih memerlukan.
Justeru bersempena Hari Pelarian Sedunia tahun ini, ABIM ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi kemuliaan insani (karamah insaniah) agar terus membantu pelarian yang tertindas dan berdepan kebuluran, penyeksaan dan kematian di negara mereka sendiri.
Sesungguhnya nilai kemanusian dan kasih sayang sesama insan - seperti yang dianjurkan oleh seluruh agama-agama besar dunia - merentas batas sempadan kenegaraan, warna kulit, ras dan agama. ABIM menyeru agar nilai-nilai murni kemanusian inilah, dan bukannya kebencian dan diskriminasi yang harus menjadi pertimbangan utama dalam menilai sikap dan pendirian kita terhadap mereka.
Pada masa yang sama , ABIM menyeru agar kita tidak sama sekali akan berkompromi terhadap sebarang unsur jenayah dan elemen keganasan yang secara cuba menyelusup masuk ke negara ini melalui manupulasi pelarian dan pencari suaka; sebagaimana juga kita tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan manusia serta korupsi dan salah guna kuasa pegawai penguatkuasa yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pelarian.
Bahkan sebaliknya, ABIM menyeru agar warga Malaysia membantu pelarian yang berada di negara ini melalui kempen kesedaran terhadap kemelaratan mereka, mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dan melalui bantuan kewangan khususnya dalam memenuhi keperluan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak dan wanita.
Semoga sumbangan kecil dari individu, organisasi dan pertubuhan ini akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan dunia yang lebih aman buat pelarian dan umat manusia seluruhnya.
Selamat Mengenang Hari Pelarian Sedunia 2014!
Penulis ialah Naib Presiden ABIM.
- Harakah Daily
YDP ABIM Melaka

Sdr. Fadil Mohd Yusof
Video ABIM
Facebook ABIM Melaka
Twitter ABIM Melaka
Popular Posts
-
Oleh: Ahmad Azam Abdul Rahman (Presiden ABIM, 1997-2005) Pengajaran Pertama: Perjuangan Islam Menuntut Pengorbanan. Memang menjadi Sunn...
-
I am surprised at the extent of the invitation and the range of distinguished speakers of the conference. I appreciate the welcome and the ...
-
Masih ada di kalangan masyarakat Islam yang keliru, tentang kes bagaimana yang boleh atau tidak boleh menggunakan video dan gambar sebagai...
-
[Kenyataan ABIM Melaka]: BANTAHAN DR. ZAKIR NAIK DIHALANG DI UTEM Budaya dialog antara agama di Malaysia kelihatan masih asing dan agak sura...
-
22hb Oktober 2013, Selasa:-Naib Presiden Antarabangsa ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim bersama-sama saudara Zairuddin telah menghadi...
-
Insya-Allah. Biro Pendidikan ABIM Negeri Melaka akan menganjurkan sebuah majlis ilmu dengan topik bertajuk, Bahaya Syiah & Gerakan E...
-
Satu Himpunan Solidariti Kemanusiaan ‘Mengangkat Karamah Insaniah, Membela Maruah’ akan diadakan pada 6 September 2013, (Jumaat). Himpunan...
-
Siddiq Fadzil, Presiden, Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر ولله الحمد Kita mengingat nam...
-
Gencatan senjata yang dimeterai pada 23 November lalu telah melonjak nama Mohammad Morsi ke kemuncak perhatian media antarabangsa. Pelbaga...
-
(Diurus selia terjemahan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM) Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga,...
Categories
Aktiviti
(3)
Analisis
(2)
Anti-Hadith
(1)
Anti-Zionis
(1)
Aqidah
(5)
Bangladesh
(1)
Belia
(1)
Boikot Israel
(1)
Dakwah
(3)
Demokrasi
(8)
DoaBuatMH370
(1)
DoaUntukMH370
(1)
DSAI
(1)
Dunia
(7)
Eid Al-Adha
(1)
Ekonomi
(1)
Facebook
(1)
Fiqh
(4)
Fitnah Liwat
(1)
Gejala Sosial
(1)
GST
(1)
Hak Asasi
(1)
Hamas
(1)
Harakah Islam
(7)
Hiburan
(1)
Hudud
(1)
Ikhwan Muslimin
(7)
Internet
(1)
Islam
(24)
Isu Aqidah
(3)
Isu Halal
(1)
Isu Liwat/Zina
(1)
Isu Semasa
(24)
Jihad
(7)
Kebajikan
(3)
Kemanusiaan
(1)
Mesir
(10)
MH370
(1)
Misi Bantuan
(1)
Musibah
(1)
OKU
(1)
Outreach
(1)
Palestin
(4)
PBB
(1)
Pelarian
(1)
Pemakanan
(1)
Pendidikan
(1)
Pilihanraya
(6)
Politik
(3)
PRU13
(1)
Qurban
(2)
R4BIA
(1)
Ramadhan
(2)
Rohingya
(3)
Selamatkan Gaza
(1)
Selamatkan MH370
(1)
Selamatkan Palestin
(1)
Siyasah
(16)
Syria
(2)
Tolak Comango
(1)
Tolak ISIS
(1)
Tolak LGBT
(1)
Tolak Perkauman
(2)
Tolak Politik Longkang
(1)
Tolak Syiah
(1)
UNHCR
(1)