> ABIM Negeri Melaka: Isu Semasa

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, February 24, 2016


Insya-Allah. Biro Pendidikan ABIM Negeri Melaka akan menganjurkan sebuah majlis ilmu dengan topik bertajuk, Bahaya Syiah & Gerakan Ekstremis Agama!

Ceramah akan disampaikan oleh pimpinan ABIM Negeri Kedah yang turut merupakan ahli Persatuan Ulama' Kedah, iaitu Al-Fadhil Ust. Abdullah Din.

Pada: 27hb Februari 2016
Jam: 8.00 mlm
Tempat: Bangunan Al-Huda ABIM Melaka
Alamat: Lot 494, Taman Putra, Bukit Baru, 75150, Melaka
GPS: Latitude 2.220485 / Longitude 102.267387

SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR!

Posted on Wednesday, February 24, 2016 by Unknown

Tuesday, August 11, 2015


(Diurus selia terjemahan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM)

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah,  keluarga, sahabat dan sesiapa yang mengikuti petunjukNya.

Sesungguhnya Malaysia sebuah negara yang dicintai kami, besar untuk kami dan ada tempat di sisi kami.

Malaysia ada kenangan indah pada diri kami, kecintaan yang benar di hati kami dan kedudukan yang tinggi di akal kami. Hubungan yang erat dan ziarah yang kerap menghimpunkan kami dengan rakyat Malaysia. Sesungguhnya jiwa kami menjadi gembira setiap kali kami melihat Malaysia menuju ketinggian dan kemajuan dalam berbagai-bagai lapangan. Kami berdoa kepada Allah untuk Malaysia, rakyat, kerajaan dan Rajanya; semoga Allah mengekalkan kepada mereka jalan pembangunan dan kemurahan, ikatan dan persaudaraan.

Namun begitu, kami bercita-cita supaya ufuk yang melewati keterbukaan pendidikan dan ekonomi, sosial dan keilmuan, turut merangkumi keterbukaan politik. Begitu juga, agar Kerajaan Malaysia tidak memandang kepada pihak yang membangkangnya sebagaimana pandangan negara-negara Dunia Ketiga. Pembangkang merupakan satu bahagian utama dari komponen negara dalam sistem demokrasi. Ia merupakan teras keamanan demi memelihara kesatuan negara dan kestabilannya, selain supaya para pemuda tidak pergi kepada pemikiran yang melampau dan aliran ekstremisme.

Saya berkata demikian, berdasarkan apa yang sedang dilalui saudara dan sahabat kami, yang dimuliakan Anwar Ibrahim. Beliau telah berdiri dengan peranan yang hebat, hasil yang besar dan usaha yang baik, yang mana negara Malaysia dan seluruh rakyatnya telah memperoleh manfaat dari usaha itu.

Sebagaimana manusia lain, saya mengikuti tuduhan yang aneh terhadap Anwar. Tuduhan itu tidak selari dengan usianya, akhlak, kehidupan beragama, sejarah dan kedudukannya. Demikian juga situasi dan kepelikan di sekelilingnya. Beliau telah dibuktikan tidak bersalah dalam satu penghakiman, kemudian dihukum bersalah dalam satu penghakiman terakhir, hal tersebut berlaku setelah tiada bukti dan telah berlalu satu tempoh yang tidak mungkin boleh dibuktikan lagi.

Sesungguhnya saya mengenali Anwar Ibrahim sewaktu beliau pada awal usia mudanya, bangun menentang pemerintahan yang lalu dan kemudian memimpin belia Malaysia (Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)). Kemudian kami mengenalinya ketika beliau dipenjara angkara penentangannya (terhadap kerajaan) dan kami mengenalinya selepas beliau dibebaskan dari penjara dan menyertai UMNO. Beliau memimpin beberapa Kementerian, sehingga menjadi orang nombor dua di dalam parti dan kerajaan.

Anwar Ibrahim banyak kali menjemput saya dalam merapatkan (hubungan) antara Parti Islam dan UMNO, saya menyambutnya, kerana saya menyeru kepada kekuatan, kesatuan dan jalan yang lurus buat Malaysia. Saya bersama-sama Anwar Ibrahim saling bekerjasama dalam membangunkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mana tertegak atas dasar integrasi ilmu wahyu, sains dan kemanusiaan. 

Saya mengenalinya semasa beliau sedang bersinar di Malaysia, dunia Arab dan di Barat, ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemimpin terhebat Malaysia di era ini, salah seorang yang menyumbang kepada kebangkitan negara. Dunia pada masa itu menantinya untuk menjadi Perdana Menteri,  pemimpin Malaysia bagi era baru, (namun ia tidak berlaku) angkara kerosakan politik yang menimpa kita.

Saya menganggapnya sebagai seorang Muslim yang benar, mukmin yang istiqamah, menunaikan kewajipan, menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan yang haram. Beliau beramal untuk kemuliaan agamanya, ketinggian negara dan khidmat kepada rakyatnya. Allah lah yang layak menilainya, saya tidak layak menilainya di hadapan Allah.

Hari ini, Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya orang politik yang telah dan sedang ditimpa dengan kes-kes yang meragukan, dan beliau dipenjara satu demi satu. Kalau saya meragui akan perbuatannya pada apa yang dituduh, pasti saya tidak menulis seperti apa yang ditulis sekarang. 

Sebenarnya, saya boleh untuk berdiam dari apa yang sedang dideritai Anwar Ibrahim di penjara. Namun pengiktirafan kepada beliau, pengetahuan akannya dan kejujurannya, selain kerana nasihat ikhlas daripada saya kepada rakyat dan kerajaan Malaysia; (semua itu) menghalang saya untuk tidak berpihak dari topik ini. 

Bahkan itu mewajibkan saya untuk menyampaikan seruan kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim. Demikian juga kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Perdana Menteri Malaysia, supaya memberikan pengampunan kepada Anwar Ibrahim. Lebih-lebih lagi isu ini tidak berlaku pada zaman Perdana Menteri sekarang; (PM sekarang) seorang yang saya telah temui dan berutus surat dengannya, saya membantunya dan saya telah menjaga hubungan dengannya. Saya mengiranya dengan izin Allah akan menyambut seruan ini.

Saya menyeru agar kita menutup episod lalu yang mana ia menyakitkan negara Malaysia dan para pimpinannya. Demi Allah, sesungguhnya saya sangat ingin menyatukan rakyat negara Malaysia, bahkan menyatukan seluruh umat Islam.

Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu. 

(Al-Mukminun: 52)

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai..."

(Al-i-’Imran: 103)

"... dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Anfal: 46)

Ya Allah, satukanlah suara kami di dalam hidayahMu, hati-hati kami atas ketakwaan padaMu, jiwa-jiwa kami atas kasih sayangMu, dan (satukan) azam-azam kami untuk meneruskan kebaikan dan sebaik-baik amal. Amin.

Yusuf al-Qaradawi
Pengerusi, Kesatuan Ulama Sedunia

Kenyataan Rasmi dikeluarkan dalam laman web: 
http://qaradawi.net/new/takareer/8107-2015-08-10-08-34-44

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه، (وبعد)

فإن ماليزيا دولة حبيبة إلينا، عزيزة علينا، أثيرة لدينا، لها ذكريات طيبة في نفوسنا، ومحبة صادقة في قلوبنا، ومكانة سامقة في عقولنا. جمعتنا بأهلها علاقات متينة، وزيارات متكررة. وإن أفئدتنا لتبتهج كلما رأيناها تشق طريقها نحو العلا والتقدم في المجالات المختلفة، ونحن ندعو الله لماليزيا، وشعبها، وحكومتها، وملكها أن يديم عليهم مسيرة التقدم والرخاء، والترابط والإخاء.

وإن كنا نأمل أن تتسع الآفاق التي وسعت الانفتاح التعليمي والاقتصادي، والاجتماعي والعلمي، لتشمل الانفتاح السياسي، وألا تنظر الحكومة في ماليزيا إلى معارضيها كما تنظر دول العالم الثالث، فالمعارضة جزء رئيس من مكونات الدولة في النظم الديمقراطية، وهي صمام أمان للحفاظ على وحدة البلد واستقراره، وعدم انجراف الشباب نحو الأفكار الهدامة، والتيارات المتطرفة.

أقول هذا، بمناسبة ما يمر به أخونا وصديقنا الأستاذ الكبير أنور إبراهيم، الذي قام بأدوار عظيمة، وإنجازات كبيرة، وجهود طيبة، استفادت منها دولة ماليزيا والمجتمع الماليزي كله. وقد تابعت كما تابع الناس اتهام الأستاذ أنور بهذه التهمة الغريبة، التي لا تتوافق مع سنه، ولا خلقه، ولا دينه، ولا تاريخه، ولا مكانته، وما أحاطها من ظروف وملابسات غريبة، وتبرئته في أحد أدوار التقاضي تبرئة تامة، ثم الحكم عليه في الدور الذي يليه حكما نهائيا، بعد أن ذهبت الأدلة ومضت مدة من الزمن لا يمكن معها التأكد من شيء.

لقد عرفت أنور إبراهيم شابا في مقتبل شبابه، ثائرا على الأنظمة القديمة، رئيسا لشباب ماليزيا (أبيم) ثم عرفته حين سجن من أجل قيادته الثائرة، ثم عرفته بعد خروجه من السجن وقد اقترب من حزب (آمنو) ثم أصبح عضوا في الحزب، وتولى أكثر من وزارة، حتى أصبح الرجل الثاني في الحزب وفي الحكومة.

ودعاني أنور إبراهيم أكثر من مرة للتقريب بين الحزب الإسلامي وحزب ( آمنو) وكنت عند النداء، لأني كنت أنشد القوة والوحدة والاستقامة لماليزيا.

وتعاونت مع أنور إبراهيم في إقامة الجامعة الإسلامية العالمية، التي تقوم على الجمع بين علوم الوحي، والعلوم الكونية والإنسانية.

وعرفته وهو يتألق في ماليزيا وفي العالم العربي، وفي العالم الغربي، نائبا لرئيس وزراء ماليزيا ووزيرا لماليتها، فكان واحدا من أبرز القادة في ماليزيا الحديثة، وأحد الرجال الذين ساهموا في نهضتها، وكان العالم كله ينتظر – وقتئذ- أن يكون رئيسا للوزراء، وقائدا لماليزيا في مرحلة جديدة، لولا ما تدهمنا به السياسة من صدمات.

أحسبه مسلما صادقا، ومؤمنا مستقيما، يؤدي الواجبات، ويجتنب الكبائر والمحرمات، ويعمل لعزة دينه، ورفعة بلده، وخدمة أمته، والله حسيبه ولا أزكيه على الله. واليوم أنور إبراهيم هو السياسي الوحيد الذي لوحق ويلاحق بقضايا تثار حولها الشبهات، ويسجن في الواحدة تلو الأخرى!! ولو شككت في فعله ما اتهم به، لما كتبت ما أكتبه الآن.

لقد كان بوسعي أن أسكت عما يعانيه الرجل من سجن، غير أن وفائي للرجل، ومعرفتي به وأصالة معدنه، ونصيحتي الخالصة لماليزيا شعبا وحكومة، يمنعاني من أن أغض الطرف عن هذا الموضوع، ويوجبان علي أن أتوجه بالنداء إلى جلالة اليانغ دي. بيرتوان أغونغ/ عبد الحليم معظم. وإلى فخامة الداتو سري/ محمد نجيب تون عبد الرزاق: رئيس الوزراء الماليزي ، إلى إصدار عفو عن الأستاذ أنور إبراهيم، لا سيما وهذه القضية لم تحرك في عهد رئيس الوزراء الحالي، الذي قابلته وراسلته، وآزرته، وأحسنت الصلة به.

وأحسب أنه- بإذن الله- مستجيب لهذا النداء. وأدعو إلى العمل على طي هذه الصفحة التي تسيء إلى دولة ماليزيا وقادتها، وإني والله لحريص كل الحرص على توحيد أهل البلد الواحد، بل توحيد الأمة الإسلامية، {وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ } [المؤمنون:52]، و{ وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا } [آل عمران: 103]، {وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ} [ الأنفال:46].

اللهم اجمع الكلمة على الهدى، والقلوب على التقى، والأنفس على المحبة، والعزائم على عمل الخير وخير العمل. آمين

يوسف القرضاوي رئيس الإتحاد العالمي لعلماء المسلمين

Posted on Tuesday, August 11, 2015 by Unknown

Thursday, April 2, 2015


Menjelang 1 April 2015, keresahan dan kegusaran rakyat berpendapatan rendah serta peniaga-peniaga kecil sudah tiba ke kemuncaknya. Dalam suasana dengan kos saraan hidup yang semakin meningkat, sistem percukaian GST menjadi antara topik hangat di masa ini.

GST bermaksud good and service tax atau dalam Bahasa Melayu-nya sebagai cukai barangan dan perkhidmatan. Ianya sebagai penstrukturan semula sistem cukai barangan di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan SST. Perbezaan ketara antara GST dengan SST adalah skop keluasan perkara yang boleh dicukaikan oleh pihak kerajaan. Malahan GST meliputi apa jua bentuk perkhidmatan termasuk yuran universiti dan tuisyen. Manakala SST tidak meluas skop perkhidmatan yang boleh dicukaikan.

Melihat pelbagai kempen cukai GST di kaca televisyen, semuanya indah dan manis belaka. Mereka kata banyak harga barang akan turun, harga rumah tidak naik kerana tidak dikenakan GST, ubat-ubatan juga tidak dikenakan GST. Dalam masa yang sama, buku-buku turut dikecualikan GST.

Namun ada perkara-perkara tertentu masih samar dan menjadi kemusykilan.

Contohnya:

(a). Peniaga makanan kecil tidak perlu bayar cukai GST dan mengenakannya kepada para pelanggan. Kerana GST hanya dikenakan kepada syarikat-syarikat yang mencatat keuntungan setahun RM500,000 ke atas. Namun para peniaga kecil tersebut terpaksa menanggung kos setiap bahan-bahan pembuatan (yang bukan mentah) yang dikenakan GST.
(b). Perumahan tiada GST. Namun, setiap bahan-bahan pembuatannya pasti ada yang dikenakan GST. Maka, mungkinkah harga rumah akan berisiko naik?
(c). Barangan ilmu seperti buku dikecualikan GST. Namun, setiap bahan-bahan untuk membuatnya tetap ada GST. Maka, tidak mustahil kos pembuatan buku akan meningkat dan mungkin harga buku akan naik, sekiranya pihak penerbitan tidak mencari alternatif bagi menangani kesan kenaikan kos.

1. Kita melihat kadar cukai GST kelihatan sedikit iaitu hanya sebanyak 6%. Namun berdasarkan telahan awal saya, ia adalah cukai yang berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat. Kerana dari awal proses penghasilan sesuatu barangan itu, sudah adanya cukai GST untuk setiap rantaian bekalan.

Contohnya:

Pengilang mengenakan kepada pemborong GST 6% (bagi setiap barangan)
+ Pemborong mengenakan kepada peruncit GST 6% (bagi setiap barangan)
+ Peruncit mengenakan kepada pengguna GST 6% (bagi setiap barangan)
= Menjadikan jumlah keseluruhan cukai sebanyak 18% (bagi setiap barangan)

Maka, ia bukanlah semudah yang kita sangkakan, dengan melihat cukai 6% hanya dalam resit jualan produk yang dikenakan GST yang kita beli. Malahan berkemungkinan boleh mengakibatkan harga barangan tertentu melambung tinggi berbanding sebelum GST dilaksanakan. Kerana, ia tidak seperti cukai SST yang sekali gus dimasukkan dalam jumlah keseluruhan harga jualan/belian.

Lantaran dari itu, pihak kerajaan perlulah telus memberi penjelasan kepada rakyat tentang hakikat sebenarnya sistem percukaian GST.

2. Saya menyambut baik langkah yang diambil Mydin dan Oppo yang merupakan antara syarikat besar dengan menyerap cukai GST agar para pelanggannya tidak dikenakan cukai tersebut. Namun, bagi para peniaga kecil, mungkin mereka terpaksa menaikkan harga barangan untuk menampung kos daripada setiap bahan-bahan pembuatan (yang bukan mentah) yang dikenakan GST.

Walau bagaimana pun, diperakui GST adalah sistem percukaian paling berkesan dan mampu menjamin pendapatan yang terbaik buat negara. Berkemungkinan dari situlah gaji kakitangan awam mampu dinaikkan dan banyak kebaikan boleh dirasai bersama. Namun, pihak kerajaan perlulah menimbang dengan seteliti mungkin sebelum melaksanakan GST. Apakah sudah sesuai untuk dilaksanakan dalam suasana rakyat bawahan masih terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat?

Sedang para pemimpin negara hidup dalam keadaan senang lenang dengan menikmati pelbagai kemudahan seperti gaji yang tinggi, elaun rumah, elaun keraian, minyak percuma dan sebagainya. Maka adakah ia suatu yang adil untuk dilaksanakan sekarang? Dan adakah majoriti rakyat sudah benar-benar faham apa itu GST?

Sedangkan hukum hudud sendiri pun sebelum dilaksanakan, perlu memastikan sama ada rakyat sudah benar-benar faham tentangnya serta adakah penjelasan sudah diberikan secara meluas sepertimana promosi hebat berkenaan GST yang dipaparkan di media-media arus perdana.

Menurut Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, sebelum melaksanakan undang-undang Islam hendaklah dipastikan terlebih dahulu rakyat yang susah sudah cukup makan.

Sekiranya hendak melaksanakan undang-undang Allah SWT perlu dikaji dan dilihat pelbagai aspek terlebih dahulu. Apatah lagilah cukai ciptaan manusia. Maka, pihak kerajaan sekiranya mahu teruskan GST, ada baiknya laksanakan hanya dalam tempoh percubaan terlebih dahulu dengan menetapkan tempoh tertentu. Dari situ kita akan dapat melihat sama ada ia sudah sesuai atau tidak untuk dilaksanakan dalam konteks semasa di Malaysia.

Walau bagaimana pun, sebelum melaksanakan GST bagi mengatasi masalah defisit dan hutang negara yang melonjak tinggi yang sudah melebihi 50%.

Antara langkah yang disarankan:

(a). Adalah lebih baik ditumpukan dahulu langkah bagi mengatasi masalah ketirisan dan rasuah yang boleh merencatkan ekonomi secara lebih berkesan dan telus.
(b). Para pemimpin perlulah terlebih dahulu mempamerkan teladan yang baik dengan berjimat cermat dalam pentadbiran dan penggunaan dana awam, sebelum menyeru rakyat bawahan berjimat cermat.

Namun, alangkah lebih indah sekiranya para pemimpin negara mampu mencontohi peribadi dan integriti Saidina Umar bin Abdul Aziz. Hanya sebatang lilin milik kerajaan pun beliau amat berhati-hati dan hanya digunakan atas urusan rasmi, bukan urusan peribadi. Paling menakjubkan, beliau hanya memerintah selama 30 bulan.

Tetapi semasa era pemerintahannya, Wilayah Islam ketika itu aman makmur serta sangat cemerlang dan gemilang. Harta negara diagihkan secara adil dan saksama. Sehinggakan sampai satu tahap tidak ditemui langsung golongan fakir miskin untuk tujuan pengagihan zakat. Begitulah antara kisah yang paling berkesan dijadikan teladan bagi setiap para pemimpin negara dengan mengutamakan ketelusan dan integriti seperti Saidina Umar bin Abdul Aziz.

Sekian,

Wallahua’lam.

Sumber: Adli Abdullah - Biro Penerangan ABIM Melaka

Posted on Thursday, April 02, 2015 by Unknown

Wednesday, December 24, 2014


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan kempen sumbangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Susulan daripada usaha tersebut, ABIM serta Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menggerakkan fasa pertama misi bantuan banjir ke Pantai Timur. Misi ini akan digerakkan mulai 24 Disember 2014 sehingga 26 Disember 2014.

Fasa pertama misi ini merangkumi penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di negeri Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Di samping itu, misi bantuan ini juga akan akan melakukan misi peninjauan untuk merangka fasa misi bantuan banjir yang berikutnya. ABIM juga telah membuka bilik operasinya di negeri-negeri yang terjejas teruk untuk memudahkan bantuan disalurkan di samping memantau perkembangan semasa.

Memandangkan keadaan banjir yang semakin kritikal, sumbangan daripada warga masyarakat yang prihatin amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disampaikan menerusi akaun ABIM (Maybank: 5642 2161 0116). ABIM juga telah membuka bilik operasi serta pusat pengumpulan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.

Pusat pengumpulan bantuan ini hanya menerima bantuan dalam bentuk Hygiene kit (berus & ubat gigi, sabun mandi, syampu), Pakaian solat , Tuala wanita , dan Lampin Bayi Hubungi talian hotline ( 019-293 6700 ) serta 013-311 7560 (Zikri). Pusat pengumpulan juga telah dibuka di ADAB Youth Garage Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Sila Hubungi Yasir: 011-2128 2023 (U.P:Yasir).

Rujuk Maklumat Terkini Perkembangan Banjir Di Pantai Timur Menerusi Page Active-Fast Centre

Sumber: ABIM Pusat

Posted on Wednesday, December 24, 2014 by Unknown


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam waran tangkap peringkat kod merah yang dikemukakan ke atas ulama’ tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawiy. Waran ini dikeluarkan oleh Badan Polis Antarabangsa (Interpol) atas permintaan daripada kerajaan Regim As-Sisi Mesir, yang mengaitkan Al-Qaradhawiy , dengan tuduhan menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vandalisme dan kecurian. Sesungguhnya dakwaan ini sangat berat memandangkan ia merupakan fitnah semata-mata. 

Mengikut catatan dalam buku Thawrah sya'b (Kebangkitan Rakyat), ketika kemuncak kebangkitan rakyat di Mesir, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawiy tetap mempertahankan pendekatan tunjuk perasaan secara aman walau diminta berkali-kali untuk membenarkan rakyat Mesir menggunakan kekerasan sebagai tindakbalas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh pihak polis serta samseng upahan Hosni Mubarak. 

Walaupun ramai rakyat Mesir yang dibunuh secara kejam, Yusuf Al-Qaradhawiy tetap menyeru rakyat Mesir untuk meneruskan perhimpunan serta protes secara aman. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab menganjurkan agar para pemuda yang menyertai demonstrasi agar menunjukkan akhlak yang baik. Beliau juga meminta agar pihak penganjur demonstrasi mengutip sampah membersihkan Dataran Tahrir. Keadaan ini jelas menunjukkan kesetiaan beliau dalam mempertahankan prinsip asas demokrasi serta hak asasi manusia, secara aman tanpa menumpahkan darah. 

Atas dasar ini, masyarakat antarabangsa yang mendokong demokrasi seharusnya bangkit dan memprotes sebarang bentuk cubaan untuk merosakkan semangat demokrasi yang semestinya selari dengan Islam. Dunia Islam juga seharusnya menolak waran ini. Berdasarkan kenyataan di atas, tiada sebarang bukti untuk kaitkan Qaradhawi dengan sebarang aktiviti keganasan. 

Kerajaan Mesir yang mengeluarkan waran ini jelas bersikap 'double standard' dengan memejamkan mata terhadap kezaliman Hosni Mubarak dengan melepaskan beliau dari segala tuduhan, sedangkan kita sedia maklum ramai penggerak Ikhwan Muslimin dinafikan hak demokrasi mereka, dipenjara, diseksa tanpa mendapat perbicaraan yang sewajarnya. 

Justeru, ABIM menyeru kerajaan agar mengambil pendirian tegas dengan menyokong Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawiy, selaku penerima Tokoh Maal Hijrah 2009. Sokongan ini perlu disuarakan atas dasar mempertahankan wacana kesederhanaan sebagai aliran pemikiran utama sejagat. Dukungan ke atas Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawiy juga menzahirkan komitmen kita ke atas keluhuran amalan demokrasi dan hak asasi manusia. 

Amidi Abdul Manan 
Presiden ABIM

Sumber: ABIM Pusat

Posted on Wednesday, December 24, 2014 by Unknown

Tuesday, June 24, 2014


Selaku OKU, hati dan lidah saya kelu tidak terkata dikala membaca kisah nasib malang menimpa adik Muhammad Firdaus, remaja OKU, menghidap penyakit Celebral Palsy. (Klik untuk laporannya). Cerebral Palsy secara mudah dinyatakan, menyebabkan pertumbuhan tubuh badan yang bantut serta tidak normal dan mengalami masalah pergerakan anggota tubuh. Ada yang masih boleh melakukan pergerakan sungguh pun terbatas dan lemah. Ada yang langsung tidak boleh melakukan sebarang pergerakan terlantar. Manakala dari segi perkembangan minda ada yang tiada masalah. Namun, lazimnya mereka yang ditimpa penyakit Celebral Palsy, mengalami masalah perkembangan minda.

Apa pun, kisah adik Firdaus yang menyayat hati ini, bikin saya tersentak menjentik minda tentang erti Qana'ah (merasai cukup dengan apa yang ada). Merasai cukup dan syukur dengan rahmat dan nikmat dari Allah SWT melimpah ruah tiada bertepian. Merasai cukup dan syukur dengan kasih sayang, perhatian serta didikan emak, ayah dan seluruh ahli keluarga yang melimpah ruah. Namun, adik Firdaus ini belum selayaknya menerima hakikat Qana'ah itu sendiri. Kerana dia tidak menerima kasih sayang, layanan, perhatian dan didikan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan kesihatannya.

Malahan, paling dikesali adik Firdaus terbiar melarat tidak berbela oleh ibu-bapanya sendiri. Dan mungkin tidak diasah bakat unik dikurniaNya kepada setiap golongan OKU. Kerana setiap insan di muka bumi ini tidak kira sama ada OKU atau pun tidak, Telah dinyatakan Allah SWT, "Telah Kami (Allah) ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian." (At-Tin: 7). 

Maka, ibu-bapanya patut dipertanggungjawabkan di atas apa yang menimpa adik Firdaus. Sekiranya setelah siasatan dilakukan membuktikan mereka cuai serta tidak bertanggungjawab atas amanah kuniaan Allah SWT ini. Mereka patut dihukum dengan hukuman selayaknya.

والله أعلمُ بالـصـواب

'Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.'

Adli Abdullah Abdullah
Exco Penerangan ABIM Melaka

Posted on Tuesday, June 24, 2014 by Unknown

Friday, June 20, 2014

TANGGAL 20 Jun diraikan pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat langsung dalam misi kemanusiaan membantu pelarian di seluruh dunia sejak awal penubuhannya, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin menzahirkan keprihatinan dan kebimbangan terhadap perkembangan trend sejagat berkaitan pelarian di peringkat global dan kesan-kesan langsung yang terkait dengannya.

Pelarian merujuk kepada sesiapa yang berada di luar negara asal mereka dan mereka yang mempunyai “kebimbangan berasas akan diseksa atas alasan ras, agama, kerakyatan, anggota kumpulan sisual atau fahaman politik tertentu dan kerana itu, tidak berupaya atau sanggup lagi untuk pulang ke negara tersebut”. 

Berasaskan definisi khusus perundangan antarabangsa yang termaktub di dalam Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian (Konvensyen Pelarian) dan Protokol 1967-nya, jumlah pelarian yang dianggarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sehingga penghujung 2013 secara global ialah seramai 16 juta orang.

Namun agensi tersebut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan populasi dunia yang terjejas akibat krisis kemanusiaan adalah jauh lebih tinggi, iaitu seramai 40 juta orang dengan mengambilkira pelbagai kategori lain seperti pencari suaka (asylum seeker), pelarian dalam negara (Internally Displaced Person, IDP) dan warga tanpa negara (stateless person). 

Inilah sebenarnya jumlah yang lebih tepat untuk menggambarkan kadar dan skala pelarian sejagat hari ini. Untuk rekod, ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah krisis pelarian global sejak penubuhan UNHCR pada tahun 1951. 

Peperangan dan konflik khususnya di Syria, Republik Afrika Tengah, Congo dan Mali telah menyumbang sekitar 4 juta pelarian global diantara tahun 2011-2013. Di rantau ini, Myanmar sahaja misalnya telah menyumbang sekurang-kurangnya 1.1 juta populasi pelarian dalam rantaian krisis kemanusiaan yang disifatkan UNHCR sebagai terburuk abad ini.

Sesungguhnya masalah melibatkan pelarian tidak boleh dipandang enteng. Masalah pelarian ialah refleksi terhadap keamanan dunia yang kita diami hari ini. Dalam situasi dunia yang diwarnai oleh konflik berpanjangan merentas benua, hampir setiap negara akan merasai dampak krisis pelarian, khususnya negara-negara yang berjiran dengan zon dilanda konflik. Malaysia tidak terkecuali.

Sehingga akhir Mei 2014, terdapat sejumlah 145,025 orang pelarian dan pencari suaka telah didaftarkan di bawah pejabat UNHCR Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 134,430 adalah dari Myanmar dengan jumlah terbesar dari etnik Chin (51,620), Rohingya (37,100), Muslim Myanmar (11,840), Rakhine (7735 ) dan selebihnya lain-lain etnik. Dari sejumlah 10,590 pelarian dari negara-negara lain, Sri Lanka kekal sebagai penyumbang terbesar (4,280) dan konflik di Syria pula telah menyumbang seramai 920 pelarian. 

Perlu diingat bahawa jumlah di atas hanyalah mengambil kira pelarian yang didaftarkan melalui UNHCR. Jumlah mereka yang tidak berdaftar atau diuruskan langsung oleh agensi penguatkuasa kerajaan dan melalui NGO pastinya lebih tinggi. 

Pada masa yang sama, Malaysia bukan merupakan penandatangan Konvensyen Berkaitan Pelarian 1951. Dalam erti kata lain, perundangan Malaysia tidak mengiktiraf hak-hak berkaitan pelarian seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa. 

Justeru istilah ‘pelarian’ itu sendiri secara teknikal tidak diiktiraf dalam undang-undang negara; yang ada hanyalah pendatang tanpa izin bagi mereka masuk tanpa dokumen pengenalan dan permit yang sah, ataupun tinggal lebih masa dari tempoh yang dibenarkan. 

Pelarian yang berada di Malaysia termasuk dalam kategori ini. Justeru antara masalah utama yang dihadapi oleh ‘pelarian’ ini ialah isu penguatkuasaan dan hukuman undang-undang, kebajikan,kesihatan, pendidikan kanak-kanak dan pekerjaan. 

Di sebalik kesulitan tersebut, Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pendatang kerana pendirian kerajaan yang membantu atas dasar kemanusiaan dan sikap rakyat kita yang terkenal pemurah dalam membantu mereka yang lebih memerlukan.

Justeru bersempena Hari Pelarian Sedunia tahun ini, ABIM ingin menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi kemuliaan insani (karamah insaniah) agar terus membantu pelarian yang tertindas dan berdepan kebuluran, penyeksaan dan kematian di negara mereka sendiri. 

Sesungguhnya nilai kemanusian dan kasih sayang sesama insan - seperti yang dianjurkan oleh seluruh agama-agama besar dunia - merentas batas sempadan kenegaraan, warna kulit, ras dan agama. ABIM menyeru agar nilai-nilai murni kemanusian inilah, dan bukannya kebencian dan diskriminasi yang harus menjadi pertimbangan utama dalam menilai sikap dan pendirian kita terhadap mereka. 

Pada masa yang sama , ABIM menyeru agar kita tidak sama sekali akan berkompromi terhadap sebarang unsur jenayah dan elemen keganasan yang secara cuba menyelusup masuk ke negara ini melalui manupulasi pelarian dan pencari suaka; sebagaimana juga kita tidak akan berkompromi terhadap sindiket penyeludupan manusia serta korupsi dan salah guna kuasa pegawai penguatkuasa yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pelarian.

Bahkan sebaliknya, ABIM menyeru agar warga Malaysia membantu pelarian yang berada di negara ini melalui kempen kesedaran terhadap kemelaratan mereka, mendaftarkan diri sebagai sukarelawan dan melalui bantuan kewangan khususnya dalam memenuhi keperluan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak dan wanita. 

Semoga sumbangan kecil dari individu, organisasi dan pertubuhan ini akan menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan dunia yang lebih aman buat pelarian dan umat manusia seluruhnya. 

Selamat Mengenang Hari Pelarian Sedunia 2014! 

Penulis ialah Naib Presiden ABIM.

- Harakah Daily


Posted on Friday, June 20, 2014 by Unknown

Monday, May 26, 2014


SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) akan mempertimbangkan untuk  menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat tersebut yang terang-terang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.  

“Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana  menyinggung perasaan umat Islam.

“Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada JAKIM yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal.

“Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal.

"Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi II, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (IKIAM), Datuk Mustaffa Idrus berkata insiden itu seolah-olah umat Islam sengaja dipersendakan.

“Kerajaan tidak boleh berlengah lagi, perlu ambil tindakan segera ke atas syarikat Cadbury, ini sudah melampau.

“Kita tidak mahu lagi kejadian seperti ini berulang. Saya sendiri sekarang ini apabila  tengok mana-mana coklat pun akan timbul rasa loya,” katanya.

- Sinar Harian

Posted on Monday, May 26, 2014 by Unknown

Tuesday, April 22, 2014

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mahu bekas Tun Dr Mahathir Mohamad bertaubat ekoran kritikan terbarunya berkaitan hudud dan kenyataan-kenyataan sinisnya terhadap undang-undang itu sebelum ini.


Presiden ABIM Amidi Abdul Manan (kiri) berkata, kritikan Mahathir yang menolak perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan sepatutnya tidak dilakukannya sebagai pemimpin dunia Islam yang disegani.

"Jika sebelum ini sindiran seperti ‘kalau mahu makan sup tangan bolehlah ke Kelantan’ dan beberapa kenyataan seumpamanya oleh beliau, maka ada baiknya beliau menarik balik kenyataan-kenyataan ini demi keimanan dan kecintaan kepada risalah Rasulullah SAW,” katanya.

Dr Mahathir dalam sidang media Khamis lalu berkata kerajaan Kelantan harus berfikir mendalam sebelum melaksanakan hudud kerana prinsip asas yang perlu ditekankan adalah keadilan.

Beliau berkata kerajaan Kelantan dilihat lebih memberi penekanan kepada hukuman dalam percubaan mereka untuk mengamalkan undang-undang itu.

"Dalam Islam, prinsip yang paling utama adalah keadilan dan terdapat 43 ayat al-Quran yang menyebut jika menghukum, hukumlah dengan adil. Jika sesuatu itu tidak adil, kita tidak boleh menghukum.

"Negara kita ada orang Islam dan bukan Islam. Jika mencuri, orang Islam kena potong tangan dan orang bukan Islam mencuri kena penjara, adil atau tidak?” katanya.

Dr M: keghairahan untuk menghukum
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama pada sesi meja bulat “Managing Rising Costs in the Current Business Environment”.


Sehubungan itu, Dr Mahathir (kanan) berpendapat cara pelaksanaan undang-undang itu harus diteliti sebaik-baiknya dan tidak hanya dilakukan atas dasar “keghairahan untuk menghukum”.

Dalam kenyataannya hari ini, Amidi membalas, keindahan hukum Islam terletak kepada proses perbicaraan, pembuktian dan urus tadbirnya.

"Kenyataan Dr Mahathir yang menumpukan kepada hukuman boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap hukum hudud," katanya.

Amidi berkata walaupun ABIM menyanjung usaha Dr Mahathir mengangkat martabat Islam, memberi pandangan tanpa merujuk ilmu dan sumber hukum yang tepat tidak sepatutnya dilakukan.

"Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim apatah lagi sebagai pemimpin adalah bersikap adil termasuk memberi gambaran yang benar terhadap hukum Islam,” katanya.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan hudud di Dewan Rakyat, selewat-lewatnya Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya sudah menyiapkan draf untuk tujuan itu dan cuma memerlukan sedikit penambahbaikan serta pandangan pakar perundangan.

Posted on Tuesday, April 22, 2014 by Unknown

Wednesday, March 19, 2014

ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) telah menghantar dua delegasi selaku perwakilan NGO negara ini ke sidang Final Adoption Of Malaysia’s UPR (Universal Periodic Review) Report oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC)  yang akan diadakan 20 Mac 2014 ini di Geneva. Kedua-dua delegasi tersebut telah berlepas malam tadi (18 Mac 2013). Sidang  ini merupakan susulan daripada pembentangan UPR yang telah diadakan pada penghujung 2013 yang lalu.

Delegasi tersebut disertai oleh Naib Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dan Ketua Biro Undang-Undang ABIM, Khairul Anwar Ismail. Kedua-dua mereka telah mewakili pihak NGO Malaysia di 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil Society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila pada September 2012.

Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima, bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf.

Untuk sidang pada 20 Mac 2014 ini, wakil negara akan mengutarakan respon terhadap pandangan serta tuntutan wakil-wakil negara asing ketika permulaan sidang UPR pada tahun 2013 yang lalu. Sepanjang sidang ini kelak, kedua-dua orang wakil ABIM mendapat hak serta peluang untuk bersuara oleh sekretariat persidangan UNHRC di Geneva.

Penyertaan  ABIM ini dibuat berdasarkan kepada pembabitan ABIM dalam beberapa perbincangan serta wacana berkaitan keseluruhan proses semakan UPR ini dengan pelbagai pihak seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), NGO-NGO Pro Hak Asasi Manusia (PROHAM) serta NGO-NGO Islam serta Civil Society Organisation (CSO) dalam dan luar negara yang lain.

AMIDI DATO’ ABDUL MANAN
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


Posted on Wednesday, March 19, 2014 by Unknown

Monday, March 17, 2014

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan rasa sedih dan kesal atas kehilangan nyawa 6 pengunjung muda Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu lalu.

Ini bermakna Malaysia kehilangan modal insan yang amat berharga yang sepatutnya digembleng untuk manfaat agama, bangsa dan Negara. Abim juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kesabaran untuk menghadapi situasi yang amat sukar ini.

Di kala Malaysia diselubungi dengan jerebu, kemarau dan kesedihan dengan insiden kehilangan pesawat MH370, penganjuran acara hiburan ini dianggap tidak sensitif bahkan daripada segi prinsipnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada generasi muda Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Ia sekadar mengulangi siri-siri hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat sejak 1980-an yang menyuburkan lagi budaya hedonisme iaitu budaya berhibur dan berlibur semata-mata untuk mendapatkan kepuasan diri atau ‘pleasure’. Tambah memburukkan apabila menurut teori deskriftif hedonisme dianggap sebagai matlamat hidup dan sumber nilai moral (the highest level in life and as a source of moral values).

Manusia apatah lagi generasi muda memerlukan hiburan namun hiburan mestilah yang dibenarkan oleh batas agama, norma masyarakat dan nilai ketimuran. Hiburan mestilah bermatlamat dan mempunyai falsafah yang mendidik generasi muda ke arah mengingati Sang Pencipta, membuat amal kebaikan dan menjunjung nilai leluhur insani.

Abim juga memandang amat serius penganjuran FMFA ini kerana ia dijadikan sebahagian daripada agenda utama pelancongan negara dan disenaraikan sebagai acara penting dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. Ini bermakna ia merupakan acara yang diiktiraf dan didokong oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelancongan sejak 2012.

Janganlah kerana FMFA ini dianggap berkelas antarabangsa dan dapat menggamit ramai pelancong luar serta menjana pendapatan negara maka prinsip dan masa depan pembangunan belia Malaysia digadaikan. Abim sebagai badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan seluruh pimpinan pergerakan belia Malaysia kesal dengan isu ini kerana usaha membangun dan meruntuh belia berjalan selari, justeru usaha pembangunan belia akan menjadi sia-sia.

Tambah memburukkan lagi keadaan apabila penganjur FMFA di Malaysia iaitu Livescape jika dilihat daripada lama sesawang rasmi mereka tertera logo-logo syarikat arak dan rokok seperti Jagermeister, Carlsberg, Asahi Beer dan British American Tobacco. Livescape sebagai youth-centric music and creative events agency harus lebih peka dan menjauhi syarikat syarikat berdasarkan arak dan rokok ini demi kebaikan dan kesejahteraan belia dan masyarakat Malaysia.

Walaupun FMFA dikatakan sekadar festival hiburan semata-mata namun unsur hedonisme pada kebiasaannya sudah sebati dengan percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, penyalahgunaan dadah, one night stand, arak, perjudian, parti liar, eksploitasi wanita dan materialisme.

Oleh itu, Abim:

1.) Mendesak kerajaan dan Kementerian Pelancongan agar menamatkan terus penganjuran FMFA di Malaysia serta acara-acara hiburan yang tidak bermanfaat dan tidak bermatlamat positif. Acara-acara hiburan alternatif yang lebih bermanfaat wajar mengambil tempat. Kerajaan harus serius menjadi ‘leading by example’ bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang baik dan diampuni Tuhan (Baldaton Toyyibatun wa Rabbun Ghafur).

2.) Menyeru pihak penganjur acara hiburan khususnya yang beragama Islam menghormati nilai keagamaan dan ketimuran serta mengikut garis panduan hiburan khususnya yang digariskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

3.) Mendesak polis meneruskan siasatan terperinci terhadap penganjuran FMFA dan mana-mana penganjur acara hiburan agar memastikan acara sebegini benar-benar bebas daripada unsur arak dan dadah yang mengundang padah dan kehilangan nyawa yang berharga generasi muda yang hadir.

4.) Menyarankan ibu bapa agar memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah tanggungan mereka agar tidak terjebak dengan acara hiburan yang melampau.

5.) Menasihatkan belia agar mengambil iktibar daripada kejadian kematian 6 anak muda di acara FMFA dengan menjauhi arak, rokok dan dadah serta pandai memilih rakan dan hiburan yang bermanfaat seperti konsert nasyid, kebudayaan dan kemanusiaan. Belia Islam disarankan mendekati majlis ilmu, majlis zikir dan majlis berselawat yang mendidik jiwa.

6.) Mengesyorkan pihak pertubuhan masyarakat madani harus terus berperanan membimbing generasi muda melalui pendekatan kerja belia agar mereka diberikan bimbingan dan panduan khususnya tentang cara berhibur yang dibenarkan oleh agama dan norma ketimuran melalui bimbingan personal, penganjuran seminar, usrah dan media sosial.

7.) Menyarankan pengamal media dan penganjur hiburan positif agar terus meningkatkan kapasiti menghidangkan hiburan bermanfaat dan kreatif bagi menarik generasi muda ke arah perkara positif.

Abim menyeru seluruh rakyat Malaysia komited bekerjasama menjayakan agenda hiburan bermatlamat dan mendidik bagi memastikan kita menyiapkan generasi muda unggul menjelang 2020 dan bukannya generasi muda yang lemah dan lalai dengan hiburan semata-mata. – 17 Mac, 2014.

* Jufitri Joha ialah Naib Presiden (Pembangunan Belia dan Intelektual), Abim.

Sumber - TMI

Posted on Monday, March 17, 2014 by Unknown

Wednesday, March 12, 2014

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 12 MAC: Majoriti rakyat di negara ini menyelar tindakan pimpinan negara yang menyokong perbuatan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS MH370 yang hilang, sejak 8 Mac lalu.
Perbuatan bomoh itu dianggap melampau kerana melanggar hukum Islam dan harus segera dihentikan kerajaan kerana membawa kepada syirik.

Laman Facebook milik Naib Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM), Fadhlina Sidek memperlihatkan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menggunakan khidmat bomoh dalam usaha merungkai persoalan kehilangan pesawat berkenaan.


“Saya fikir sebagai orang beriman, kita mesti serius dengan menghantar mesej keras kepada pimpinan negara agar menghentikan amalan khurafat dan syirik di KLIA ini.

“Saya rasa sangat malu sebagai sebuah negara Islam dan kepimpinan Islam, kita langsung tidak sensitif dengan isu syirik ini. Saya tahu ramai ahli politik negara bergantung kepada bomoh dan saya tahu bomoh mana yang berulang alik ke rumah pemimpin negara.

Fadhlina menerusi akaun Facebook itu juga berkata, cukup untuk mempercayai bomoh untuk kepentingan diri tetapi jangan sampai mengheret aqidah rakyat dan memalukan negara.

“Syirik ini dosa besar, hanya terampun dengan taubat nasuha.

“Di saat ini kita tidak memerlukan bomoh memakai sut dan name tag untuk mencari pesawat. Ini orang sewel dan sakit mental. Ritual khurafat tanda jiwa kusut dan iman songsang.

“Yang kita sangat perlukan adalah rahmat dan pertolongan Allah. Jika masih tidak yakin dengan Allah, itu kekacauan iman yg kronik!” katanya.

Akaun milik penceramah, Ustazah Norhafizah Musa turut memperkatakan isu berkenaan khidmat bomoh yang dilihat jauh menyimpang daripada Islam.


“Ya Allah….sungguh pedih sekali ‘KEHILANGAN’ dalam hidup…namun ada yang lebih pedih..bahaya..dan kemuncak kemusnahan…APABILA HILANG ‘ALLAH’ DARI HIDUP…maka hidup akan berjalan tanpa akses dengan pusat kawalan al-Quran dan al-Sunnah.

“Hidup sudah tidak berjalan pada laluan radar..orang lain semakin dekat dengan syurga..saat kita kehilangan ‘ALLAH’ dalam hidup..rupa-rupanya perjalanan kita melencong menjauhi syurga mendekati neraka. Nau’zubillahi…,” katanya.

Sementara itu, Hafidzi Mohd Noor, dalam akaun Facebooknya berkata, tindakan menggunakan bomoh itu seperti rancangan Maharaja Lawak.


“Macam acara Maharaja Lawak. peserta dengan prop masing masing. Kelmarin dengan bubu dan teropong buluh. Ini dengan 2 biji tembikai pula.

“JAKIM, Jabatan Agama, Mufti dan PPIM harap dapat buat sesuatu,” katanya.

Posted on Wednesday, March 12, 2014 by Unknown

Friday, February 21, 2014


Kebelakangan ini, munculnya kembali seorang pemikir kontroversi yang menolak hadith-hadith Nabi SAW secara total dan hanya bergantung semata kepada Al-Quran dalam mengamalkan Islam mengikut tafsirannya sendiri. Atau lebih mudah dilabelkan sebagai golongan anti-hadith. Tidak perlulah saya menyebut namanya yang sudah menjadi trending di alam maya. Kerana tidak berminat melonjakkan lagi popularitinya dengan marak menjulang.

Pada telahan saya, beliau seakan merasa dirinya lebih mulia dan tinggi darjatnya daripada Nabi SAW kerana menyatakan kesalahan umat Islam adalah mendewa-dewakan Nabi SAW dengan syahadah kedua. Ini adalah salah satu bentuk penghinaan dan kebiadaban ke atas Baginda SAW. Isu ini membuat saya teringat seketika kisah pada tahun 2012, umat Islam dikejutkan dengan sebuah filem pendek yang menghina Nabi SAW yang kita cintai terbitan seorang penganut Kristian kelahiran Mesir yang merupakan penduduk Amerika Syarikat (AS). Ianya menyemarakkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Hingga tercetusnya serangan oleh segelintir Muslim ke atas Kedutaan AS di Libya.

KERAGUAN DITIMBULKAN
Golongan anti-hadith tersebut turut menimbulkan rasa ragu-ragu dengan kesahihan hadith-hadith yang ada sehingga kini. Mungkin juga beliau berasa ragu-ragu akan kesahihan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat yang kemudian diwarisi oleh para ulama' hadith yang tulus memelihara mesej dan pedoman warisan Nabi SAW sebagai rujukan kedua dalam menterjemahkan Al-Quran dan Islam itu sendiri secara terperinci dan tepat. 

Seandainya benarlah keraguan beliau ini, pastinya wujud banyak percanggahan ketara akan segala sabda Baginda SAW dengan wahyu ALLAH SWT iaitu Al-Quran. Namun, tiada pembuktian yang benar mampu menyanggahi kebenaran hadith-hadith yang bertaraf sahih mahu pun mutawatir. Meskipun ia berhujah, segala-galanya dusta semata-mata. Sementelahan, pelbagai contoh yang boleh diambil bagi membuktikan tiadanya kesilapan dalam periwayatan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih. Baginda SAW pernah menyebut tentang tanda-tanda kiamat yang bakal berlaku di masa hadapan. Antaranya hadith riwayat Imam Muslim menyebut tentang pengembala kambing yang miskin menjadi kaya raya dan berlumba-lumba membina bangunan-bangunan yang tinggi, dalam riwayat Abu Daud pula menyebut manusia berlumba-lumba membina dan memperindahkan masjid-masjid. Dan banyak lagi hadith-hadith lain tentang bayangan masa depan.

Termasuklah pelbagai penemuan sains moden yang di antaranya merujuk kepada hadith riwayat Imam Bukhari yang menyebut berkenaan proses kejadian manusia daripada air mani, segumpal darah dan seterusnya. Sehinggakan beberapa orang saintis barat memeluk Islam kerana menyedari akan mukjizat Al-Quran dan kebenaran bahawa Muhammad SAW itu Rasul akhir zaman. Maka, mana mungkin banyak kenyataan-kenyataan futuristik yang ada di antaranya telah pun terbukti berlaku tidak tulen dan tidak sahih daripada Nabi SAW. Kerana segala penyataan Nabi SAW bukanlah berlandaskan hawa nafsu, tetapi bersumberkan wahyu ALLAH SWT.

RESOLUSI MENANGANI

Saya amat bersetuju dengan kenyataan akhbar Ust. Emran Ahmad bahawa 'ilmuan yang layak untuk berdialog dengan golongan anti-hadith adalah Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang mempunyai kepakaran dalam bidang hadith dan sirah. Manakala untuk berdebat adalah Ust. Hasrizal Jamil yang mempunyai kemampuan dalam bidang psikologi dan sejarah. Cuma saya ingin mencadangkan seorang lagi 'ilmuan yang turut saya merasakan sesuai, iaitu Dr. Danial Zainal Abidin yang mempunyai kepakaran mengaitkan Al-Quran dan Hadith dengan fenomena serta penemuan sains. Kerana golongan sebegitu mungkin boleh dipengaruhi dengan hujah-hujah menurut logik akal.

Kedua, saya mencadangkan agar para 'ilmuan menimbulkan sebuah persoalan. Bagaimana tuan meyakini ketulenan Al-Quran sedangkan tuan memperlekehkan seorang insan istimewa iaitu Muhammad SAW yang terpilih menjadi utusan ALLAH SWT dengan menerima wahyu Al-Quran? Maka, siapakah yang bertanggungjawab memastikan ketulenan Al-Quran? Mustahil jawapannya para ulama'. Sedangkan tuan telah menyatakan bahawa para ulama' adalah kasta paderi? Ibarat mempercayai sesuatu berita,  tetapi tidak mempercayai penyampai beritanya. Sesungguhnya, pemikiran golongan anti-hadith amat merumitkan dan membingungkan. Ianya agak sukar untuk dirungkai.



Cuma persoalannnya, sejauh mana keberkesanan berdialog dan berdebat dalam menangani golongan anti-hadith tersebut. Dr. Abd. Halim El-Muhammady mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah berdialog dengan beliau pada tahun 1986 dan berjaya mematahkan segala hujahnya. Namun, kelihatannya beliau masih tidak mahu berubah dan menerima akan hakikat kebenaran. Walau bagaimana pun, tiada salahnya untuk berusaha. Kerana Islam adalah agama nasihat dan para pendakwah bukannya penghukum, tetapi penasihat dan penyampai risalah dakwah yang tidak mengenal erti putus asa. Tidaklah seberapa onak dan liku pendakwah masa kini seandainya dibandingkan dengan pahit maung dakwah para Rasul.
BUKAN MENDABIK DADA
Segala telahan saya ini bukanlah bermaksud saya mahu mendabik dada dan berasa diri ini layak untuk berdialog mahu pun berdebat dengan golongan anti-hadith tersebut. Saya bukanlah seorang mufti, ulama' mahu pun ustaz yang berkelayakan untuk berdepan dengan golongan sebegitu. Saya sekadar ingin menegaskan pendirian dan pegangan saya bahawa Al-Quran dan Hadith adalah bagai aur dan tebing saling lengkap melengkapi. Dan bagaikan isi dan kuku yang tidak boleh dipisahkan meskipun ada yang cuba menggoyahkan keyakinan ini.
Sekian,
Wallahu'alam.
Disediakan oleh:

Exco Penerangan ABIM Melaka - Adli Abdullah
20hb Februari 2014
Rujukan Hadith:
1. Arba'in An-Nawawiyah (Hadith 40) - Imam Nawawi RH.
2. Bulughul Maram - Ibnu Hajar Al-Asqalani.            

Posted on Friday, February 21, 2014 by Unknown

Wednesday, October 30, 2013

Tanggal 24 Oktober 2013 yang lalu merupakan tarikh yang penting dalam sejarah perkembangan hak asasi dan perjalanan demokrasi di Malaysia. Pada tarikh tersebut, yang kebetulan bersamaan dengan tarikh ulangtahun ke-68 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah menjalani pusingan kedua sesi Penilaian Penggalan Sejagat- Universal Periodic Review (UPR) kendalian Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) di Geneva, Switzerland. Menjelang pembentangan laporan rasmi proses semakan terhadap Malaysia pada 31 Oktober 2013 kelak, barangkali ramai yang masih bertanya dan belum mendapatkan gambaran yang jelas tentang objektif, proses UPR dan kesannya kepada negara.

Secara ringkasnya, UPR telah ditubuhkan oleh Persidangan Agung PBB pada 15 Mac 2006 dengan matlamat utamanya untuk menambahbaik situasi dan kondisi hak asasi manusia di kesemua 193 negara anggotanya. Bagi mencapai tujuan tersebut, UPR akan menyemak rekod pencapaian dan menilai prestasi hak asasi manusia merentas pelbagai aspek kehidupan, selain menyanggah sebarang bentuk pencabulan terhadap hak asasi manusia di setiap negara yang dinilai.

Prinsip asasnya ialah wujud satu perangkat nilai-nilai sejagat (universal values) seperti kebebasan, keadilan, kehormatan insaniah dan prinsip kesetaraan yang perlu disepakati dan diikuti oleh setiap negara anggota. Sudah tentu terma rujukannya; yang diterjemahkan melalui Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia PBB (UNDHR) serta protokol dan perjanjian antarabangsa ; masih berkiblatkan nilai peradaban dan demokrasi ala-Barat yang sekian lama mencorakkan orde dunia.

Dalam kaitan inilah pemikir kontemporari Barat seperti Jurgen Habermas dan David Held menyatakan bahawa pembelaan hak asasi manusia sangat terkait dengan kesuburan amalan demokrasi. Jaminan pemerintah terhadap hak-hak asasi manusia akan melengkapi amalan demokrasi dalam kehidupan bermasyarakat. Dalam hubungan simbiosis tersebut, pelaksanan sistem demokrasi yang pincang dan opresif pula akan mencabul, dan dalam banyak keadaan, menafikan terus hak-hak asasi individu dan maruah insaniah.

Justeru cabaran Malaysia sebagai ahli komuniti global, seperti juga negara-negara lain khususnya negara Islam dan negara membangun ialah bagaimana untuk menerimapakai prinsip ‘kesejagatan’ hak asasi manusia tersebut dan pada masa yang sama, mengekalkan ciri-ciri keasliannya (indigenous features) dengan mengambil kira faktor sejarahnya, sosio-ekonomi, budaya dan agama sebagai sebuah negara berdaulat.

Perbezaan pandangan sarwa (worldview) dan neraca nilai ini jugalah yang mendorong negara-negara Islam di bawah Organization of Islamic Cooperation (OIC) membentuk Deklarasi Kaherah Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam pada 5 Ogos 1990. Dengan tema ‘Maruah dan Keadilan untuk Semua’, Deklarasi Kaherah ditampilkan oleh 57 anggota negara Islam tersebut sebagai citra alternatif kepada model UNHDR. Asas sandaran dan neraca pertimbangan terhadap hak asasi manusia ini penting untuk difahami bagi menilai secara objektif prestasi Malaysia dalam proses kedua UPR 2013.

Menjelang pembentangan laporan akhir penilaian UPR Malaysia yang hanya akan disahkan pada 31 Oktober 2013, berikut adalah beberapa pengawatan awal penulis terhadap proses semakan UPR yang telah berlangsung pada 24 Oktober yang lalu dalam kaitannya dengan wacana hak asasi manusia di Malaysia :-

1. Berbanding semakan berkala UPR yang pertama pada tahun 2009, ternyata proses semakan untuk Malaysia pada tahun 2013 ini telah mengundang minat yang tinggi dari rakyat selain laporan media yang meluas. Kecenderungan rakyat terbanyak untuk mengetahui kemaskini perjalanan UPR dari Geneva dan keprihatinan terhadap prestasi Malaysia merupakan satu babak baru dalam konteks pendidikan hak asasi dan kesedaran demokrasi negara. Ramai yang dilaporkan menyaksikan secara langsung webcast sesi semakan UPR Malaysia yang berlangsung pada jam 8:30 malam waktu tempatan 24 Oktober lalu.
Hal ini tidak sukar difahami melihat kepada tahap kesedaran rakyat yang semakin tinggi terhadap isu-isu sosio-politik dan tatakelola kenegaraan sepertimana yang dirumuskan oleh banyak kajian, antaranya hasil kajian berterusan oleh UMCEDEL dan Merdeka Centre sebelum dan selepas Pilihanraya ke-13 yang lalu. Pastinya keghairahan menjelang proses UPR ini dilatari oleh isu-isu ‘panas’ melibatkan persoalan hak asasi manusia khususnya kelulusan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1969 oleh Dewan Rakyat dan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes pengunaan Kalimah Allah, selain tuntutan kontroversi gerakan yang memperjuangkan isu-isu gender dan LGBT.

Tampak semakin jelas bahawa era pasca PRU-13 menyaksikan wujud jurang yang semakin menjauh dalam perdebatan ‘ruang awam’ (public sphere) di antara aliran yang menekankan kedaulatan hak asasi individu dan rakyat vis-à-vis aliran yang meletakkan kedaulatan ketenteraman awam dan keselamatan negara di atas penjagaan hak-hak asasi individu, kelompok dan masyarakat.

2. Persaingan untuk mempengaruhi dan ruang awam dalam isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan amalan demokrasi dalam proses UPR kali ini juga tambah dirancakkan dengan penyertaan beberapa Ngo Malaysia di Geneva. Sekurang-kurangnya dua gabungan NGO yang ke Geneva ialah Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam di dalam Proses UPR (MuslimUPRo) dan The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO). Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) turut menghantar dua orang pimpinan Pusatnya untuk memantau secara dekat proses semakan tersebut. Partisipasi aktif Ngo dari Malaysia yang membawa aspirasi dan mewakili kepentingan segmen masing-masing dalam masyarakat Malaysia kali ini merupakan satu lonjakan penting dalam perkembangan masyarakat sivil Malaysia di pentas advokasi antarabangsa. Nampaknya ‘pertembungan’ dan ‘serang-menyerang’ yang berlaku di antara kelompok COMANGO yang dan MuslimUPRo di Geneva merupakan terjemahan kepada realiti perdebatan dan polemik yang berlaku dalam gelanggang di Malaysia.

Penulis tidak berhasrat mengulas secara terperinci versi penghujahan yang diperjuangkan dalam proses advokasi dan lobi mereka di Geneva. Namun secara ringkasnya, drama UPR kali ini lebih mendebarkan dengan timbulnya bantahan dari MuslimUPRo terhadap laporan COMANGO yang dikatakan “berlawanan dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedaulatan negara” serta “menyentuh sensitiviti umat Islam”.

Sementalahan itu dalam negara, diskusi dan wacana dengan rancaknya digerakkan oleh NGO bagi menilai tahap pelaksanaan hak asasi manusia di Malaysia, salah satunya ialah inisiatif yang digerakkan oleh Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (ProHAM) pada 22 Oktober 2013 yang lalu melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gerakan Kesederhanaan Malaysia (GMM), ahli akademik, aktivis Ngo tempatan serta wakil-wakil kedutaan asing. Penulis turut hadir mewakili Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Perkembangan-perkembangan dalam advokasi dan wacana sebegini merupakan indikasi jelas bahawa isu-isu hak asasi yang menyangkut soal kebebasan individu dan kebebasan beragama akan berterusan menjadi medan perdebatan hangat dalam ruang masyarakat sivil di bukan sahaja di bumi Malaysia, bahkan kini di pentas advokasi antarabangsa.

3. Disebalik polemik dan kontroversi yang melanda menjelang UPR, delegasi kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Dato’ Ho May Yong jelas bersedia untuk membentangkan laporan kedudukan hak asasi manusia dalam sektor-sektor hak asasi manusi yang dinilai. Seperti yang dijangka, antara soalan dan rekomendasi yang banyak dilontarkan oleh perwakilan asing adalah berkaitan pelaksanaan hak asasi manusia melibatkan (i) hak-hak sivil, politik dan keselamatan seperti pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Perhimpunan Aman 2012, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan pelaksanaan hukuman mati dalam sistem perundangan negara; (ii) kebebasan beragama seperti kes penggunaan Kalimah Allah oleh akhbar The Herald dan hak menukar agama (iii) kebebasan individu dan gender seperti Lesbian, Gay, Bisexual Transgender (LGBT) (iv) hak-hak pekerja asing dan imigran serta (v) hak –hak berhubung orang asli dan penduduk minoriti.

Secara umumnya, respon dan penjelasan yang diberikan oleh wakil Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Sumber Manusia dan wakil lain dalam delegasi negara menerima maklum balas yang positif dari masyarakat awam yang melihat sendiri kemampuan penjawat awam memberikan jawapan yang tersusun sekaligus menjaga imej baik negara. COMANGO, sebahagian perwakilan dan pengkritik pastinya tidak bersetuju dengan sebahagian jawapan tersebut dan melabelnya sebagai “half-truths” dan “double speaks”.

Dalam konteks diplomasi antarabangsa, proses UPR ini pastinya begitu signifikan buat Malaysia yang kini sedang melobi untuk merebut satu kerusi ke Majlis Keselamatan PBB yang akan mengadakan pemilihan pada Oktober 2014 - kira-kira setahun dari sekarang. Sebarang gambaran negatif terhadap pelaksanaan hak asasi di Malaysia merupakan perkara terakhir yang diinginkan oleh kerajaan Malaysia. Anggaplah sajalah puji-pujian dan beberapa rekomendasi oleh perwakilan asing khususnya negara ASEAN terhadap pencapaian kita dalam sektor sosio-ekonomi sebagai satu diplomatic exercise yang bertujuan memelihara hubungan baik antara negara. Kita sememangnya sedia maklum pencapaian kita dalam bidang-bidang tersebut. Apalah sangat yang ingin kita harapkan dari perwakilan rejim Mesir yang memberikan pujian dan rekomendasi terhadap situasi hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia?

4. Salah satu tujuan penting proses UPR ialah untuk menilai dan menambahbaik pelaksanaan hak asasi manusia di Malaysia. Bagi maksud tersebut, deraf laporan lengkap sesi pendengaran Malaysia tempohari sedang diselenggarakan oleh Kenya, Jepun dan Switzerland akan mula diedarkan pada 28 Oktober 2013 sebelum laporan akhir disahkan pada 31 Oktober 2013. Malaysia kini dalam proses untuk menilai dan menyatakan pendirian akhir terhadap kesemua cadangan-cadangan yang dilontarkan. Pada sesi penilaian pertama tahun 2009, Malaysia telah menerimapakai sebanyak 62 cadangan, mengambil maklum 22 lagi dan membuat penjelasan lanjut terhadap 19 cadangan dari keseluruhan 103 cadangan yang diterima.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, di antara isu yang banyak disuarakan dalam sesi pendengaran Malaysia ialah isu kebebasan beragama. Austria, Belgium Peranchis, Jerman, Belanda dan Croatia misalnya telah mengemukakan saranan supaya Malaysia menghapuskan undang-undang berkaitan jenayah liwat sebagai saluran untuk menjamin hak dan kebebasan golongan LGBT. Justeru apakah sikap kita terhadap isu ini dan isu lain seperti pengunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam dan kebebasan menukar agama? Di sinilah pentingnya kefahaman yang jelas terhadap aspek nilai kesejagatan (universalism) yang boleh disepakati dan ciri-ciri kedaulatan (sovereignty) negara bangsa yang harus dipelihara.




Polemik ini dapat penulis lalui sendiri sewaktu mewakili ABIM bagi pihak Ngo Malaysia di 2nd Regional Consultation of ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights with Civil society Organization on ASEAN Human Rights Declaration di Manila September 2012. Walaupun terdapat tekanan yang kuat dari kumpulan pelobi dan gabungan hak asasi manusia di peringkat ASEAN untuk mengiktiraf hak dan amalan LGBT, tampak jelas bahawa keyakinan majoriti masyarakat beragama di rantau Asia Tenggara ini masih tidak dapat menerima, bahkan dengan tegas menolak usul agar hak dan amalan LGBT dari diiktiraf. Deklarasi ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia yang disepakati secara konsensus oleh 10 ahli anggotanya pada 19 November 2012 merupakan satu lagi testimoni bahawa tidak semua hak asasi manusia yang diandaikan sebagai universal itu terpakai kepada semua negara.

Dalam hubungannya sebagai sebuah negara OIC dan ASEAN inilah sikap dan pendirian Malaysia dalam isu kebebasan agama dan hak sivil harus dinilai di sepanjang proses UPR. Justeru sikap yang selayaknya untuk Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya masih taat beragama dan menjunjung tinggi nilai-nilai moral ketimuran ialah untuk menolak dengan tegasnya sebarang lobi untuk mengarusperdanakan gaya hidup sonsang LGBT.

Belajarlah menerima hakikat bahawa isu LGBT ini merupakan sesuatu yang muktamad dan non-negotiable dari sudut pandang umat Islam. Janganlah diskriminasi dan tindakan ganas terhadap pengamal LBGT oleh segelintir kelompok ekstrim di sesetengah negara di jadikan hujah bahawa hak mereka perlu dibenarkan di sini. Tanpa pengiktirafan tersebut sekalipun, kita masih punya timbunan undang-undang – dengan syarat ianya dilaksanakan dengan adil dan saksama - akan dapat menjamin hak mana-mana individu dari sebarang perlakuan jenayah dan pencerobohan ke atas hak sivilnya!

Disebalik penjelasan tuntas dan panjang lebar yang diberikan oleh Tuan Mohd Radhi bin Harun, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara ketika menjawab pertanayaan berhubung keputusan kes penggunaan kalimah Allah di Geneva, tiada tanda-tanda bahawa polemik isu tersebut semakin reda dalam negara. Hakikat bahawa rayuan penghakiman kes tersebut masih terbuka untuk dibawa ke peringkat Mahkamah Persekutuan sudah cukup menggambarkan ketegangan yang bakal berpanjangan antara kumpulan penganut agama di Malaysia. Hal ini pastinya bertambah rumit dari sudut penguatkuasaan undang-undang dengan ‘pengecualian’ yang diberikan di Sabah dan Sarawak.

Seperti yang dilaporkan oleh portal akhbar The Star dan Malaysiakini bertarikh 27 Oktober 2013, wujud bantahan dari pemimpin Kristian berhubung penahanan 2000 oleh Kementerian Dalam Negeri. ke atas naskah terkini The Herald untuk edaran di Sabah dan Sarawak. Sehingga ada keputusan lain yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan kelak, penghakiman sedia ada yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan wajiblah dihormati dan dikuatkuasakan dengan adil bagi menjamin keharmonian negara dan ketenteraman awam.

Justeru pihak kerajaan juga disarankan agar lebih serius dan proaktif dalam usaha menyelesaikan pertikaian melibatkan isu-isu sensitif keagamaan.
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JPKA) yang diluluskan oleh Jemaah Kabinet harus diberikan nafas baru dengan peranan yang lebih signifikan dalam penyelesaian konflik antara penganut agama. Adalah satu tren yang membimbangkan seandainya -polemik keagamaan sebegini terus-terusan diheret ke mahkamah perundangan tanpa ada sebarang usaha mediasi yang bersungguh dan inisiatif resolusi konflik yang serius dari pihak pemerintah.

Dalam menilai rekomendasi sepanjang sesi UPR kali ini, kerajaan Malaysia perlu mengambil perhatian serius terhadap beberapa saranan yang dikemukakan para perwakilan antarabangsa, khususnya berkaitan isu tahanan tanpa bicara di bawah pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 serta penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 dan lain undang-undang pencegahan yang secara jelas membenarkan penafian hak asasi individu dalam keadaan tertentu, di samping membuka ruang yang luas untuk penyalahgunaan kuasa diperingkat penguatkausaannya.

Penulis percaya bahawa pendekatan pembalasan (retributive) dan menghukum (punitive) bukanlah pendekatan terbaik dan satu-satunya penyelesaian mutlak ke atas rentetan kes-kes jenayah yang semakin membarah di negara ini. Yang diperlukan ketika ini ialah pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif dalam menangani kitaran ganas peningkatan kes jenayah, termasuk pengunaan pendekatan restorative justice serta polisi pencegahan dan pengawalan lain yang tidak sama sekali mengkompromikan hak-hak asasi manusia.

Kerajaan juga harus bersikap reseptif dan inklusif terhadap sebarang sumbang saran yang dikemukakan rakyat dan masyarakat sivil terhadap dasar-dasar berkaitan pemeliharaan hak sivil dan politik. Adalah sesuatu yang mendukacitakan apabila masyarakat antarabangsa diberikan gambaran bahawa pengenalan dan pindaan dasar, polisi dan undang-undang utama yang berkait dengan rapat hak asasi manusia
dibuat setelah konsultasi menyeluruh walhal pada hakikatnya ia dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa ruang yang munasabah untuk konsultasi dan perdebatan.

Dalam konteks inilah wujud kritikan yang keras dari masyarakat sivil agar peranan dan fungsi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang sepatutnya berfungsi untuk menasihati dan membantu kerajaan harus diperkasakan supaya tidak dilihat hanya bersifat lip service bagi tujuan diplomasi pentadbiran dalam keadaan kerajaan sebenarnya tidak serius untuk mendengar.

Malaysia akan menyelesaikan proses semakan berkala UPR kedua pada 31 Oktober 2013 ini. Semakin jelas kepada kita bahawa apapun hasil akhir laporan tersebut, wacana berkaitan masa depan hak asasi manusia dan demokrasi di Malaysia akan terus diwarnai oleh polemik yang tajam berkisar isu kebebasan beragama, hak asasi kelompok minoriti, hak-hak sivil dan politik serta kedaulatan undang-undang. Akan semakin kelam dan suramkah masa depan hak asasi manusia di Malaysia? Apakah yang akan terjadi terhadap jurang pemikiran dan tindakan yang semakin menjauh di dalam masyarakat kita? Persoalan penting yang perlu dijawab ialah sejauh manakah polemik dan wacana popular isu hak asasi yang dipelopori kelompok tertentu hari ini merupakan terjemahan daripada sikap, pandangan dan keyakinan majoriti rakyat?

Sesungguhnya pelaksanaan sesi penilaian UPR kali ini telah meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap wacana hak asasi di Malaysia. UPR juga telah menimbulkan seribu satu pertanyaan terhadap perjalanan, halatuju dan masa depan hak asasi dan demokrasi di Malaysia. 


Mohamad Raimi Ab.RahimNaib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Sumber: ABIM Pusat

Posted on Wednesday, October 30, 2013 by Unknown