Tuesday, June 24, 2014
Selaku OKU, hati dan lidah saya kelu tidak terkata dikala membaca kisah nasib malang menimpa adik Muhammad Firdaus, remaja OKU, menghidap penyakit Celebral Palsy. (Klik untuk laporannya). Cerebral Palsy secara mudah dinyatakan, menyebabkan pertumbuhan tubuh badan yang bantut serta tidak normal dan mengalami masalah pergerakan anggota tubuh. Ada yang masih boleh melakukan pergerakan sungguh pun terbatas dan lemah. Ada yang langsung tidak boleh melakukan sebarang pergerakan terlantar. Manakala dari segi perkembangan minda ada yang tiada masalah. Namun, lazimnya mereka yang ditimpa penyakit Celebral Palsy, mengalami masalah perkembangan minda.
Apa pun, kisah adik Firdaus yang menyayat hati ini, bikin saya tersentak menjentik minda tentang erti Qana'ah (merasai cukup dengan apa yang ada). Merasai cukup dan syukur dengan rahmat dan nikmat dari Allah SWT melimpah ruah tiada bertepian. Merasai cukup dan syukur dengan kasih sayang, perhatian serta didikan emak, ayah dan seluruh ahli keluarga yang melimpah ruah. Namun, adik Firdaus ini belum selayaknya menerima hakikat Qana'ah itu sendiri. Kerana dia tidak menerima kasih sayang, layanan, perhatian dan didikan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan kesihatannya.
Malahan, paling dikesali adik Firdaus terbiar melarat tidak berbela oleh ibu-bapanya sendiri. Dan mungkin tidak diasah bakat unik dikurniaNya kepada setiap golongan OKU. Kerana setiap insan di muka bumi ini tidak kira sama ada OKU atau pun tidak, Telah dinyatakan Allah SWT, "Telah Kami (Allah) ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian." (At-Tin: 7).
Maka, ibu-bapanya patut dipertanggungjawabkan di atas apa yang menimpa adik Firdaus. Sekiranya setelah siasatan dilakukan membuktikan mereka cuai serta tidak bertanggungjawab atas amanah kuniaan Allah SWT ini. Mereka patut dihukum dengan hukuman selayaknya.
والله أعلمُ بالـصـواب
'Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.'
Adli Abdullah Abdullah
Exco Penerangan ABIM Melaka
Posted on Tuesday, June 24, 2014 by Unknown
YDP ABIM Melaka
Sdr. Fadil Mohd Yusof
Video ABIM
Facebook ABIM Melaka
Twitter ABIM Melaka
Popular Posts
-
Oleh: Ahmad Azam Abdul Rahman (Presiden ABIM, 1997-2005) Pengajaran Pertama: Perjuangan Islam Menuntut Pengorbanan. Memang menjadi Sunn...
-
Insya-Allah. Biro Pendidikan ABIM Negeri Melaka akan menganjurkan sebuah majlis ilmu dengan topik bertajuk, Bahaya Syiah & Gerakan E...
-
(Diurus selia terjemahan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia – ABIM) Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga,...
-
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam waran tangkap peringkat kod merah yang dikemukakan ke atas ulama’ tersohor, Prof Dr Yusuf A...
-
[Kenyataan ABIM Melaka]: BANTAHAN DR. ZAKIR NAIK DIHALANG DI UTEM Budaya dialog antara agama di Malaysia kelihatan masih asing dan agak sura...
-
PKPIM dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Bengkel Memperkasa Aqidah Belia dan Remaja: Mengimani a...
-
TANGGAL 20 Jun diraikan pada setiap tahun sebagai Hari Pelarian Sedunia. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat langsung dalam misi kema...
-
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam rampasan kuasa yang didalangi pihak tidak bertanggungjawab di Mesir semalam yang memperli...
-
13 Julai 2013:- Genap setahun Mohamad Morsi dilantik, rakyat Mesir sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir. 30 Jun 2013 bukan himpunan ul...
-
Oleh: Che Din (Wartawan mediabim) 14 Mei 2013:- Memulakan ulasannya dengan nasihat yang baik, Prof Redzuan menegur semua pihak agar...
Categories
Aktiviti
(3)
Analisis
(2)
Anti-Hadith
(1)
Anti-Zionis
(1)
Aqidah
(5)
Bangladesh
(1)
Belia
(1)
Boikot Israel
(1)
Dakwah
(3)
Demokrasi
(8)
DoaBuatMH370
(1)
DoaUntukMH370
(1)
DSAI
(1)
Dunia
(7)
Eid Al-Adha
(1)
Ekonomi
(1)
Facebook
(1)
Fiqh
(4)
Fitnah Liwat
(1)
Gejala Sosial
(1)
GST
(1)
Hak Asasi
(1)
Hamas
(1)
Harakah Islam
(7)
Hiburan
(1)
Hudud
(1)
Ikhwan Muslimin
(7)
Internet
(1)
Islam
(24)
Isu Aqidah
(3)
Isu Halal
(1)
Isu Liwat/Zina
(1)
Isu Semasa
(24)
Jihad
(7)
Kebajikan
(3)
Kemanusiaan
(1)
Mesir
(10)
MH370
(1)
Misi Bantuan
(1)
Musibah
(1)
OKU
(1)
Outreach
(1)
Palestin
(4)
PBB
(1)
Pelarian
(1)
Pemakanan
(1)
Pendidikan
(1)
Pilihanraya
(6)
Politik
(3)
PRU13
(1)
Qurban
(2)
R4BIA
(1)
Ramadhan
(2)
Rohingya
(3)
Selamatkan Gaza
(1)
Selamatkan MH370
(1)
Selamatkan Palestin
(1)
Siyasah
(16)
Syria
(2)
Tolak Comango
(1)
Tolak ISIS
(1)
Tolak LGBT
(1)
Tolak Perkauman
(2)
Tolak Politik Longkang
(1)
Tolak Syiah
(1)
UNHCR
(1)
.jpg)