> ABIM Negeri Melaka: Kebajikan

Showing posts with label Kebajikan. Show all posts
Showing posts with label Kebajikan. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan kempen sumbangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Susulan daripada usaha tersebut, ABIM serta Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menggerakkan fasa pertama misi bantuan banjir ke Pantai Timur. Misi ini akan digerakkan mulai 24 Disember 2014 sehingga 26 Disember 2014.

Fasa pertama misi ini merangkumi penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di negeri Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Di samping itu, misi bantuan ini juga akan akan melakukan misi peninjauan untuk merangka fasa misi bantuan banjir yang berikutnya. ABIM juga telah membuka bilik operasinya di negeri-negeri yang terjejas teruk untuk memudahkan bantuan disalurkan di samping memantau perkembangan semasa.

Memandangkan keadaan banjir yang semakin kritikal, sumbangan daripada warga masyarakat yang prihatin amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disampaikan menerusi akaun ABIM (Maybank: 5642 2161 0116). ABIM juga telah membuka bilik operasi serta pusat pengumpulan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.

Pusat pengumpulan bantuan ini hanya menerima bantuan dalam bentuk Hygiene kit (berus & ubat gigi, sabun mandi, syampu), Pakaian solat , Tuala wanita , dan Lampin Bayi Hubungi talian hotline ( 019-293 6700 ) serta 013-311 7560 (Zikri). Pusat pengumpulan juga telah dibuka di ADAB Youth Garage Seksyen 2, Bandar Baru Bangi. Sila Hubungi Yasir: 011-2128 2023 (U.P:Yasir).

Rujuk Maklumat Terkini Perkembangan Banjir Di Pantai Timur Menerusi Page Active-Fast Centre

Sumber: ABIM Pusat

Posted on Wednesday, December 24, 2014 by Unknown

Tuesday, June 24, 2014


Selaku OKU, hati dan lidah saya kelu tidak terkata dikala membaca kisah nasib malang menimpa adik Muhammad Firdaus, remaja OKU, menghidap penyakit Celebral Palsy. (Klik untuk laporannya). Cerebral Palsy secara mudah dinyatakan, menyebabkan pertumbuhan tubuh badan yang bantut serta tidak normal dan mengalami masalah pergerakan anggota tubuh. Ada yang masih boleh melakukan pergerakan sungguh pun terbatas dan lemah. Ada yang langsung tidak boleh melakukan sebarang pergerakan terlantar. Manakala dari segi perkembangan minda ada yang tiada masalah. Namun, lazimnya mereka yang ditimpa penyakit Celebral Palsy, mengalami masalah perkembangan minda.

Apa pun, kisah adik Firdaus yang menyayat hati ini, bikin saya tersentak menjentik minda tentang erti Qana'ah (merasai cukup dengan apa yang ada). Merasai cukup dan syukur dengan rahmat dan nikmat dari Allah SWT melimpah ruah tiada bertepian. Merasai cukup dan syukur dengan kasih sayang, perhatian serta didikan emak, ayah dan seluruh ahli keluarga yang melimpah ruah. Namun, adik Firdaus ini belum selayaknya menerima hakikat Qana'ah itu sendiri. Kerana dia tidak menerima kasih sayang, layanan, perhatian dan didikan yang sewajarnya bersesuaian dengan keadaan kesihatannya.

Malahan, paling dikesali adik Firdaus terbiar melarat tidak berbela oleh ibu-bapanya sendiri. Dan mungkin tidak diasah bakat unik dikurniaNya kepada setiap golongan OKU. Kerana setiap insan di muka bumi ini tidak kira sama ada OKU atau pun tidak, Telah dinyatakan Allah SWT, "Telah Kami (Allah) ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian." (At-Tin: 7). 

Maka, ibu-bapanya patut dipertanggungjawabkan di atas apa yang menimpa adik Firdaus. Sekiranya setelah siasatan dilakukan membuktikan mereka cuai serta tidak bertanggungjawab atas amanah kuniaan Allah SWT ini. Mereka patut dihukum dengan hukuman selayaknya.

والله أعلمُ بالـصـواب

'Dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.'

Adli Abdullah Abdullah
Exco Penerangan ABIM Melaka

Posted on Tuesday, June 24, 2014 by Unknown

Saturday, June 29, 2013

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak 1434H, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini melancarkan program program “Sinar Ramadhan 1433H” bertemakan “Mendidik Jiwa Meraih Taqwa” yang merupakan rangkuman daripada beberapa siri program yang digerakkan oleh ABIM di peringkat negeri serta daerah. ABIM bakal melaksanakan program utama seperti berikut:

Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB)

Semenjak tahun 2006, “Kempen Seorang Sekampit Bersa” telah dilaksanakan khusus untuk membantu fakir miskin di seluruh Negara. Tahun ini ABIM akan berperanan sebagai agen penyaluran bantuan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan. Simbolik sekampit beras menggambarkan keperluan makanan asasi yang perlu ada sekurang-kurangnya menampung keperluan untuk hidup terutama bagi mereka yang memerlukan. Dalam masa yang sama juga, ABIM berperanan sebagai agen penyerahan sumbangan kepada komunit-komuniti saudara baru yang memerlukan menerusi Islamic Outreach ABIM (IOA), serta golongan Muslim minority Rohingnya menerusi Muslim Minority Community-Rohingnya.
 Kem Istikbar Ramadhan (TAKBIR)
ABIM dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mengadakan Kem Istikbar Ramadhan (TAKBIR) dengan mensasarkan golongan pelajar dan belia. Objektif penganjuran Kem ini adalah untuk membentuk generasi belia Qurani yang cintakan masjid menerusi pelaksanaan bengkel penghayatan Al-Quran dan Qiyamullail, serta penekanan modul-modul am pengukuhan asas-asa Fardhu Ain, Smart Solat, Tadarus Al-quran, serta pengisian dalam bentuk Tazkirah dan Kuliyah. Program ini akan digerakkan di seluruh negara menerusi penglibatan ABIM Negeri dan daerah.

Program Khatam Al-Quran

Digerakkan secara meluas di peringkat sekolah-sekolah. Ia juga berkonsepkan penerangan tentang kebesaran Ramadhan kepada pelajar-pelajar.

Ziarah Hospital

ABIM menerusi agensi Islamic Outreach ABIM (IOA) komited untuk menggerakkan ziarah dalam wad-wad terpilih di Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain, untuk meringankan bebanan dalam kalangan para pesakit baik dalam kalangan masyarakat islam mahupun bukan Islam. Para petugas ABIM akan berkongsi pengisian serta sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Iftar For The Needy

Program ini diadakan dengan kerjasama Global Peace Mission Malaysia (GPM) untuk membantu kominiti Muslim di 14 buah Negara iaitu Palestin, Afghanistan, Iraq, Pakistan, Kashmir, Somalia, Indonesia, termasuk membabitkan masyarakat minoriti Islam Rohingnya, Thailand, Filipina dan Kemboja.

Kami juga ingin memaklumkan ABIM bersama Malaysian Lifeline For Syria akan menggerakkan misi bantuan ke Syria pada bulan Ramadhan ini bagi meringankan bebanan mangsa-mangsa pelarian sepanjang bulan Ramadhan ini menerusi penyerahan bantuan yang dikumpulkan.

Justeru itu, ABIM menyeru masyarakat untuk turut serta bersama-sama menjayakan program-program yang bakal dianjurkan tersebut sama ada menjadi sukarelawan program atau menerusi sumbangan kepada ABIM menerusi (Bank Islam, nombor akaun: 14023010011177). Segala maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Sekretariat ABIM Pusat (03-41084500) atau emel sap@abim.org.my
Sumber: ABIM Pusat

Posted on Saturday, June 29, 2013 by Unknown